Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446)2019年修订的1990员工房屋,住宿和设施基本标准(446法令)

Welcome > Product Range > Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446)2019年修订的1990员工房屋,住宿和设施基本标准(446法令)
Welcome → Information  → Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446)

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446)

Kepada : Ahli-ahli MFA ( HR Department ) 

Perkara I : Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446)
 
Pada Mei 2020, Kementerian Sumber Manusia bahawa Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) akan berkuat kuasa pada 01 Jun 2020 dan dilaksanakan sepenuhnya mulai 01 Sep 2020.

Akta tersebut akan diperluaskan kepada semua sektor industri. Majikan mesti menyediakan asrama pekerja mengikut Garis Panduan Asrama Pekerja Asing 2018 dan mencapai tahap minimum dalam penyediaan asrama pekerja asing.Pihak MFA menyeru ahli-ahli MFA untuk memperhatikan isu semasa di atas dan meningkatkan standard asrama bagi pekerja asing mengikut tahap minimum dan secara berperingkat untuk mengelakkan tindakan diambil oleh pihak berkuatkuasa.
 
Pihak MFA baru menerima pemberitahuan daripada pihak JTK Muar mengenai peraturan-peraturan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja, termasuk  Kadar Sewa Atau Caj Maksimum Bagi Penginapan 2020 – P.U(A) 249 dan FI Pemprosesan Bagi Permohonan Perakuan Penginapan 2020 – P.U.(A) 248. Ahli-ahli diminta memberi perhatian terhadap dokumen yang dikemukakan oleh pihak JTK. Dokumen berkenaan akan diterjermahkan dalam bahasa mandarin untuk rujukan ahli-ahli, segala ketepatan peraturan-peraturan adalah berdasarkan dokuman asal yang dikemukakan oleh pihak JTK ( Sila rujuk pada Lampiran 1&2).

Untuk perakuan penginapan, ahli-ahli boleh melayari portal rasmi MOHR, iaitu akta446.mohr.gov.my untuk membuat pemohonan tersebut.

Untuk Garis Panduan Asrama Pekerja Asing 2018 dan versi bahasa mandarin, ahli-ahli boleh merujuk pada lampiran-lampiran yang disertakan.

Notis :  Maklumat Garis panduan Asrama Pekerja Asing adalah diperolehi dari Jabatan Tenaga Kerja ( Caw. Muar).  Pihak MFA menjermahkan GARIS PANDUAN PENETAPAN STANDARD MINIMUM PENGINAPAN PEKERJA ASING 2018 (LAMPIRAN) dalam versi Bahasa Mandarin hanya untuk rujukan ahli-ahli sahaja. Ketepatan maklumat akan berdasarkan Garis panduan Asrama Pekerja Asing 2018 yang asal.
 
Perkara II : Borang Maklumat Pengajian Pekerja Yang Dikemukakan oleh Pihak JTK

Menurut pegawai dari JTK Muar, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, pegawai JTK tidak dapat melawat ke kilang perabot untuk berjumpa dengan kakitangan jabatan sumber manusia khususnya untuk mengemas kini dan penyemakan maklumat kakitangan. Oleh itu, JTK Muar berharap agar pihak MFA boleh menghantarkan Borang Maklumat PengajianPekerja (Sila Rujuk Pada Lampiran 3) kepada ahli-ahli untuk mengemaskinikan maklumat pekerja. Pihak MFA berharap ahli-ahli boleh mengisi borang tersebut dan emel ke ramnath@mohr.gov.my sebelum 10 September 2020.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara yang disebut di atas, ahli-ahli boleh terus menghubungi pegawai JTK Muar.

Nama Pegawai : En. Ramnath  / En. Sharol
No. Tel : 06-9511672 / 06-9520625
 
Sekian, Terima Kasih.
 
Sekretariat MFA
02.09.2020

en